Galeri Foto

Photo Gallery

BENGKEL KOMUNIKASI STRATEGIK DAN PERHUBUNGAN AWAM (PRO) 2025 ANJURAN UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (UKK), JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI)

5 November 2025

5 November 2025 | Bengkel Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam (PRO) 2025 anjuran Unit Komunikasi Korporat (UKK), Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), telah melabuhkan tirainya hari ini selepas berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 3 November lalu.
Seramai 35 orang peserta termasuk pegawai komunikasi korporat MdI dari seluruh cawangan telah menyertai bengkel intensif ini. Fokus utama latihan adalah untuk mengasah kemahiran penting seperti komunikasi strategik, pengurusan media, penulisan korporat, dan pembinaan imej jabatan yang berkesan.
Fokus utama program ini ialah sesi perkongsian ilmu bersama Tuan Haji Luqman Hakim bin Abd Malik (K.B;P.A), seorang pakar komunikasi dan media yang berpengalaman luas. Beliau menyampaikan panduan dan teknik-teknik komunikasi berkesan yang relevan untuk organisasi kerajaan.
Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan kesungguhan semua peserta dalam memperkukuh fungsi komunikasi jabatan.
Diharapkan, bengkel ini akan memperkasakan pegawai UKK untuk melaksanakan peranan komunikasi mereka dengan lebih kreatif, efisien, dan berimpak tinggi.

#jabataninsolvensimalaysia #unitkomunikasikorporat #ukkMdI #uuri