Galeri Foto

Photo Gallery

CERAMAH BERTAJUK “KESEDARAN MENGENAI KEBANKRAPAN”

5 Oktober 2024

Jabatan Insolvensi Negeri Sarawak cawangan Kuching telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dengan tajuk “Kesedaran Mengenai Kebankrapan” bertempat di Dewan Sa’ati SUPP Headquarters, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, Kuching, Sarawak anjuran Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan Sarawak pada 5 Oktober 2024 (Sabtu).
Peserta adalah terdiri daripada 150 orang jururawat dari Sibu, Lundu, Sri Aman dan Kuching daripada Hospital Umum Sarawak , Unimas dan hospital Swasta.
Pegawai Insolvensi Kanan II, Encik Timohty Jamit Anak Bilong, Ketua Unit Kebankrapan MdI Sarawak telah menyampaikan ceramah tersebut.