Galeri Foto

Photo Gallery

PEMBUKAAN RERUAI PAMERAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA SEMPENA PROGRAM TAKLIMAT PENGURUSAN PERTUBUHAN BERKUALITI DAN PENGUATKUASAAN (AKTA PERTUBUHAN 1966 – AKTA 832)

5 September 2025

Jabatan Insolvensi Cawangan Kuching, Sarawak telah membuka reruai pameran sempena Program Taklimat Pengurusan Pertubuhan Berkualiti dan Penguatkuasaan (Akta Pertubuhan 1966 – Akta 832) anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Sarawak yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Dalam program ini, MdI telah menyediakan pelbagai perkhidmatan dan khidmat nasihat termasuk:
✅ Penerangan mengenai hal kebankrapan dan Dasar Peluang Kedua
✅ Penerangan mengenai likuidasi
✅ Khidmat nasihat
✅ Carian percuma untuk 20 pengunjung terawal
Program ini telah menerima sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 90 pertubuhan agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri dari sekitar Kuching, Samarahan dan Serian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pegawai MdI yang telah bertugas dengan penuh komitmen:
👩‍💼 Puan Ismawani Binti Sa’id (Pegawai Insolvensi)
👨‍💼 Encik Mohamad Zakaria Binti Mohtar (Pegawai Insolvensi)
👩‍💼 Puan Norazura Binti Idris (Pegawai Insolvensi)
👨‍💻 Encik Christeper Anak Lawrence (Pembantu Tadbir P/O)
👨‍🔧 Awang Ardika Bin Awang Tada (Pembantu Khidmat Am)
Terima kasih atas dedikasi anda semua dalam menjayakan program ini.