Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT DAN SESI LIBAT URUS JABATAN INSOLVENSI KUALA LUMPUR DI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN KEBANKRAPAN)
6 APRIL 2026
Satu kunjungan hormat dan sesi libat urus antara Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Kebankrapan) telah diadakan pada 6 April 2026 bagi meningkatkan kerjasama antara kedua-dua agensi.
Sesi ini bertujuan untuk memperkemas perkongsian maklumat berkaitan pentadbiran kes kebankrapan serta menambah baik kelancaran proses mahkamah yang melibatkan aspek penyiasatan dan penguatkuasaan di bawah Akta Insolvensi 1967 (Akta 360).
Selain itu, pertemuan ini turut menjadi platform untuk menyampaikan maklumat berkaitan Dasar Peluang Kedua 3.0 kepada pihak mahkamah.
Kunjungan tersebut telah dihadiri oleh Puan Rahni Kartini binti Abd Rahim, Pengarah Insolvensi Kuala Lumpur, bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur, dan telah disantuni oleh Puan Aisyaf Falina binti Abdullah, Timbalan Pendaftar (Pendaftaran Kebankrapan) serta pegawai-pegawai Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Melalui sesi ini, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan dan berkongsi maklumat berkaitan isu pengurusan kes kebankrapan yang melibatkan Mahkamah Tinggi, bagi memastikan urusan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan efisien.
Â

