Galeri Foto

Photo Gallery

MAJLIS WALKABOUT YB MENTERI BERSAMA WARGA BANGUNAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG SEMPENA PROGRAM SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI

6 Disember 2023

Majlis Walkabout YB Menteri bersama Warga Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang Sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani telah berlangsung di Lobi, Bangunan BHEUU, tengah hari tadi. Majlis dimulakan dengan Tayangan Montaj Pencapaian Menteri dan Timbalan Menteri sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani serta kejayaan BHEUU, MdI dan JBG. Majlis diteruskan dengan menjemput YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Pengarah BHEUU bagi menyampaikan Ucapan Aluan dan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) bagi Ucapan Perasmian Majlis.

Turut hadir ke majlis ialah YB Tuan Ramkarpal Singh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi); YBhg. Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah JBG; YBrs. Tuan M. Bakri bin Abd. Majid, Ketua Pengarah MdI dan YBrs. Dr. Punitha a/p Silivarajoo, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Pembangunan) BHEUU.
Majlis kemudian menjemput YB Menteri dan YB Timbalan Menteri serta Ketua Pengarah BHEUU bagi menyempurnakan Gimik Pelancaran serta Lawatan ke Galeri Pameran Reformasi Institusi bersama-sama Ketua Pengarah BHEUU, JBG dan MdI serta warga Bangunan BHEUU.