Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM SANJUNG BUDI, TAUTAN KASIH KETUA PENGARAH INSOLVENSI DI MDI PULAU PINANG

6 Februari 2025

YBhg. Datuk M. Bakri Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia bersama YBrs. Dr. Sallehuddin bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan wakil daripada Unit Komunikasi Korporat, MdI telah menghadiri lawatan kerja rasmi ke Jabatan Insolvensi Negeri Pulau Pinang. 

Lawatan kerja rasmi ini bertujuan untuk meningkatkan dan mengukuhkan pentadbiran operasi cawangan, tata kelola, tadbir urus dan pengurusan kewangan. 

Lawatan kerja ini telah menerima sambutan yang baik daripada semua warga kerja MdI Pulau Pinang atas keprihatinan, amanat dan teguran membina oleh pihak Pengurusan Tertinggi demi kebaikan dan kesejahteraan Jabatan. 

Lawatan ini turut dihadiri oleh Puan Zaridah Y Abdul Jaafar, Pengarah Insolvensi Negeri Pulau Pinang.