Galeri Foto

Photo Gallery

LAWATAN RASMI TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN), JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) KE PEJABAT JABATAN INSOLVENSI CAWANGAN KOTA KINABALU, SABAH

6 November 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) cawangan Kota Kinabalu, Sabah berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 6 November 2025.
Lawatan kerja rasmi ini, yang diadakan di pejabat MdI Kota Kinabalu turut diserikan dengan kehadiran:
• YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah
• YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Insolvensi Malaysia
Walaupun lawatan ini berlangsung dalam tempoh yang singkat, kehadiran YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan telah berjaya menyuntik semangat baharu dan impak positif yang besar kepada seluruh warga MdI Sabah.
Kunjungan ini juga menjadi simbol sokongan dan penghargaan yang tinggi dari pihak JPM terhadap usaha gigih dan dedikasi MdI Kota Kinabalu dalam memastikan semua pelaksanaan tugas serta penganjuran program jabatan berjalan dengan lancar dan berkesan.
MdI Kota Kinabalu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YBhg. Datuk TKSUP atas kesudian melawat serta sokongan berterusan yang diberikan kepada warga MdI.

#MdIKK
#jabataninsolvensimalaysia
#malaysiaMADANI
#uuri