Galeri Foto
Photo Gallery
MAJLIS ANUGERAH PEKERJA BULANAN DAN KURSUS PENGURUSAN STRESS 2025 JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
6 November 2025
Unit Khidmat Pengurusan, Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur telah menganjurkan Majlis Anugerah Pekerja Bulanan bagi tempoh Januari hingga Oktober 2025 yang digabungkan bersama Kursus Pengurusan Stres, berlangsung pada 6 November 2025.
Program ini diadakan bagi mengukuhkan budaya kerja cemerlang serta memberi suntikan motivasi kepada warga jabatan untuk terus komited dalam tugasan seharian.
Sesi ceramah turut disampaikan oleh Puan Normahdiah binti Jamian, Pegawai Psikologi Kanan, Jabatan Perdana Menteri, yang berkongsi panduan praktikal dan tip berguna untuk mengurus tekanan kerja dengan lebih efektif.
Majlis turut dihadiri oleh Puan Rahni Kartini binti Abd Rahim, Pengarah Insolvensi Negeri, yang hadir memberi sokongan serta menyampaikan penghargaan kepada para penerima.
Sebanyak 45 orang pegawai dan kakitangan diraikan sebagai Pekerja Contoh Bulanan, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, disiplin dan dedikasi mereka sepanjang tahun.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan syabas kepada semua yang menjayakan program ini!

#MdIWPKL
#jabataninsolvensimalaysia
#MalaysiaMADANI