Galeri Foto

Photo Gallery

SAMBUTAN HARI INTEGRITI PERINGKAT JABATAN TAHUN 2025 ANJURAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI)

6 November 2025

6 November 2025 | Suasana meriah dan berinformasi sekitar Sambutan Hari Integriti Peringkat Jabatan Tahun 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI). Program ini bermatlamat memperkukuh budaya kerja berintegriti dan nilai-nilai murni dalam kalangan seluruh warga jabatan melalui pelbagai pengisian yang menarik.
Acara utama dimulakan dengan dua sesi perkongsian ilmu yang padat:
• Sesi pertama: “Integriti Diri: Sejahtera di Rumah, Sejahtera di Tempat Kerja” telah disampaikan oleh Encik Azizurrahman bin Hj. Samian, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
• Sesi kedua: Puan Nurshuhaida binti Zainal Azahar, Ketua Seksyen Tuntutan dan Perundangan, Tribunal Anti Gangguan Seksual (KPWKM), pula mengupas tajuk “Celik Hak: Tribunal Anti Gangguan Seksual”, memberikan pendedahan penting tentang perlindungan hak.
Majlis diteruskan dengan upacara rasmi yang penuh semangat, termasuk nyanyian lagu Negaraku, persembahan bertenaga daripada kumpulan Koir MdI, lafaz Ikrar Bebas Rasuah sebagai ikrar komitmen, serta tayangan montaj integriti.
Kemuncak acara ialah ucapan perasmian dan pelancaran penutup program oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia.
Lebih menarik, sambutan kali ini turut diserikan dengan reruai pameran interaktif daripada pelbagai agensi kerajaan dan jabatan.
Sebagai tanda galakan terhadap kreativiti dan penghayatan etika, turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Video Kreatif Bertemakan Integriti MdI 2025.
Secara keseluruhannya, program ini menyerlahkan komitmen berterusan MdI dalam membudayakan integriti sebagai teras kecemerlangan perkhidmatan awam.

#jabataninsolvensimalaysia #HariIntegritiMdI2025 #IntegritiTerasAmanah #MalaysiaMADANI