Galeri Foto

Photo Gallery

BENGKEL PEMERIKSAAN AWAM & PENZAHIRAN HARTA ANJURAN BAHAGIAN MAHKAMAH, JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA PUTRAJAYA

7-9 Julai 2025

Bahagian Mahkamah, Jabatan Insolvensi Malaysia Putrajaya telah menganjurkan Bengkel Pemeriksaan Awam dan Penzahiran Harta yang menghimpunkan seramai 60 orang pegawai terdiri daripada Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Insolvensi Unit Mahkamah dari semua cawangan MdI seluruh Malaysia bermula 7 hingga 9 Julai 2025.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk:
▪️ Memperkasa pengetahuan peserta mengenai kepentingan pengesanan dan penzahiran harta melalui proses Pemeriksaan Awam di bawah Seksyen 17 Akta Insolvensi 1967 [Akta 360]
▪️ Memantapkan pemahaman pegawai terhadap pelaksanaan penzahiran harta di bawah Seksyen 31 [Akta 360]
▪️ Menyeragamkan proses kerja antara cawangan berkaitan permohonan, penyiasatan dan simulasi prosiding di mahkamah.
Antara pengisian utama bengkel ini merangkumi:
▪️ Pengaplikasian Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dalam pelaksanaan Pemeriksaan Awam dan Penzahiran Harta mengikut peruntukan Akta Insolvensi 1967 [Akta 360]
▪️ Proses kerja Unit Kebankrapan bagi tujuan penyediaan permohonan Pemeriksaan Awam dan Penzahiran Harta
▪️ Proses kerja Unit Penyiasatan dan Penguatkuasaan, termasuk penentuan jenis kes yang sesuai untuk dimulakan prosiding
▪️ Persediaan Unit Mahkamah sebelum membawa prosiding Pemeriksaan Awam dan Penzahiran Harta ke mahkamah
▪️ Latihan simulasi prosiding penuh melibatkan langkah-langkah dalam pelaksanaan Pemeriksaan Awam dan Penzahiran Harta di mahkamah
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Azwarnida binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi (TKPI).
Antara penceramah yang dijemput bagi menyampaikan pengisian sepanjang bengkel ini ialah:
🔹 Puan Aliza Jamaluddin – Pengarah Guaman Negeri, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang
🔹 Puan Siti Noor Mazlifah binti Mokhtar – Pengarah Insolvensi, Bahagian Kebankrapan
🔹 Encik Fazril Sani bin Mohamed Fadzil – Pengarah Insolvensi, Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
Turut hadir, Encik Mohamad Hafisol bin Yusoff, Pengarah Bahagian Mahkamah selaku penasihat bagi bengkel ini.