Galeri Foto

Photo Gallery

SESI PENYAMPAIAN SIJIL PELEPASAN KETUA PENGARAH INSOLVENSI MALAYSIA

7 Mei 2025

Sorotan sesi kunjungan hormat YB Tuan M. Kula Segaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), ke atas YBrs. Tuan Haji Abd Azis bin Haji Abd Bool, Penolong Pegawai Daerah Kanan, Semporna, Sabah.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama strategik dalam aspek logistik, perkongsian ilmu berkaitan undang-undang insolvensi, serta pemerkasaan literasi kewangan dan kefahaman mengenai kesan kebankrapan dalam kalangan masyarakat setempat.

Sempena lawatan ini, turut diadakan sesi penyampaian Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia kepada 15 orang individu dari Daerah Semporna yang telah berjaya mendapatkan pelepasan kebankrapan di bawah Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967.

Sijil pelepasan tersebut telah disampaikan oleh YB Tuan M. Kula Segaran sebagai simbol komitmen kerajaan dalam menyokong dasar peluang kedua kepada bekas individu bankrap.

Turut hadir dalam sesi ini ialah:
• YBrs. Dr Sallehuddin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan,Jabatan Insolvensi Malaysia, Putrajaya
• Encik Syah Azlan bin Abdullah, Ketua Cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia, Tawau
• Pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Timbalan Menteri serta Jabatan Insolvensi Malaysia, Cawangan Tawau dan Putrajaya.