Galeri Foto
Photo Gallery
KURSUS PENGURUSAN STRES JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) CAWANGAN KUANTAN, PAHANG
7 Ogos 2025
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kuantan, Pahang telah menganjurkan Kursus Pengurusan Stres pada 7 Ogos 2025 yang disampaikan oleh Encik Mohd Faisal Bin Idris, Pegawai Psikologi dari Jabatan Perdana Menteri.
Kursus ini memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan mengenai teknik serta pendekatan berkesan dalam menguruskan stres, sejajar dengan usaha jabatan memelihara kesejahteraan mental warga kerja.
Objektif Kursus:
1. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan pegawai dan kakitangan berhubung punca, kategori serta kesan stres terhadap kesejahteraan mental, emosi dan fizikal.
2. Menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan seimbang bagi mewujudkan persekitaran kerja yang positif, kondusif dan berproduktiviti tinggi.
3. Menyokong komitmen Jabatan dalam memelihara kesejahteraan mental dan emosi warga MdI selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Diharapkan penganjuran kursus ini dapat meningkatkan kefahaman, membina ketahanan mental, serta memupuk budaya kerja yang lebih positif dan harmoni dalam kalangan warga MdI.