Galeri Foto
Photo Gallery
SESI LIBAT URUS BERSAMA JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM)
8 Mac 2024
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menerima kunjungan daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Cyberjaya untuk sesi libat urus bagi membincangkan berkenaan isu Akaun Belum Terima (ABT) , isu operasi dan perundangan dalam pentadbiran yang melibatkan syarikat yang digulung.
Sesi libat urus ini juga memberi ruang kedua-dua agensi bertukar pendapat dan idea dalam memantapkan lagi perkhidmatan di kedua-dua agensi.
Sesi libat urus dipengerusikan oleh Dr. Nur Yusliana Binti Yusoff, Pengarah Insolvensi Bahagian Likuidasi, manakala Tuan Abd Jalil Bin Mat Zain, Bahagian Penguatkuasaan, mengetuai delegasi dari JKDM.