Galeri Foto
Photo Gallery
SESI LAWATAN OLEH YB TUAN M. KULA SEGARAN, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)
8 Mei 2025
📍 SEMPORNA –
YB Tuan M. Kula Segaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), telah menyantuni penduduk di beberapa buah kampung sekitar Pulau Bum Bum, termasuk Kampung Look Ibah, Kampung Gelam-Gelam, dan Labuan Haji, Semporna.
Lawatan ini diserikan dengan penyampaian sumbangan bakul makanan kepada penduduk B40, sebagai tanda keprihatinan terhadap kesejahteraan komuniti setempat.
Dalam majlis yang sama, lima (5) individu yang telah berjaya memperoleh pelepasan kebankrapan turut menerima Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia yang disampaikan sendiri oleh YB Tuan M. Kula Segaran.
Majlis ini turut dihadiri oleh:
• YBrs. Tuan Haji Jamil bin Datuk Hamzah, ADUN Bugaya yang mewakili Ahli Parlimen Semporna
• YBrs. Tuan Haji Abd Azis bin Haji Abd Bool, Penolong Pegawai Daerah Kanan, Semporna
• Ketua-ketua kampung kawasan terlibat
• YBrs. Dr Sallehuddin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan,Jabatan Insolvensi Malaysia, Putrajaya
• Encik Syah Azlan bin Abdullah, Ketua Cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia, Tawau
• Pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Timbalan Menteri serta Jabatan Insolvensi Malaysia, Cawangan Tawau dan Putrajaya
Inisiatif ini diharap dapat mengukuhkan silaturahim serta membina kerjasama strategik antara penduduk Daerah Semporna dan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam usaha menyampaikan perkhidmatan secara inklusif dan berkesan.