Galeri Foto

Photo Gallery

SESI KUNJUNGAN HORMAT JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) KE PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB)

8 Ogos 2025

8 Ogos 2025 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan kunjungan hormat ke Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membincangkan pelaksanaan Dasar Peluang Kedua (DPK 2.0) di bawah Kerajaan MADANI, dan telah disantuni oleh YBrs. Encik Izwan Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB bersama pegawai kanan PUNB.
Perbincangan memberi tumpuan kepada:
🔹 Pengurusan aset & liabiliti syarikat yang digulungkan.
🔹 Perlindungan hak pemiutang.
🔹 Sokongan pemiutang terhadap pelan pemulihan.
🔹 Pemerkasaan tadbir urus korporat.
🔹 Kerjasama strategik membantu usahawan bangkit semula.
Delegasi Jabatan Insolvensi Malaysia:
📌 YBrs. Puan Azwarnida Binti Affandi – Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi
📌 Encik Mohd Izzuddin Bin Mohd Shukri – Pengarah Insolvensi Negeri Kelantan
📌 Encik Ahmad Salam Bin Yusof – Pengarah Insolvensi Negeri Terengganu
📌 Puan Nur Zatil Hidayah Binti Ali – Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Likuidasi
📌 Puan Yusnita Binti Wagino – Pegawai Insolvensi Utama, Bahagian Likuidasi
MdI menghargai sokongan PUNB dan berharap kerjasama ini memberi manfaat besar kepada komuniti usahawan, seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara yang inklusif & mampan.