Galeri Foto

Photo Gallery

MAJLIS PEMETERAIAN NOTA KERJASAMA ANTARA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS) DAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA BERSEMPENA DENGAN SIMPOSIUM SENIMAN 2026

9 APRIL 2026

9 April 2026-Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah memeterai Nota Kerjasama bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersempena dengan Simposium Seniman 2026 sebagai langkah membantu penggiat industri seni dan kreatif yang berdepan isu kewangan untuk bangkit semula serta meneruskan kehidupan dan kerjaya mereka dengan lebih teratur.
Kerjasama ini membuka ruang kepada golongan sasar untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan pengurusan kewangan serta peluang pemulihan melalui Dasar Peluang Kedua. Usaha ini turut melibatkan akses kepada penyelesaian pertikaian secara mediasi yang lebih mudah dan kos efektif melalui kerjasama strategik bersama Jabatan Bantuan Guaman (JBG).
MdI sentiasa komited dalam menyokong usaha kerajaan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat, termasuk penggiat industri seni dan kreatif, diberi peluang untuk memulakan semula kehidupan dengan lebih baik serta mendapat akses kepada saluran bantuan yang sewajarnya.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi, YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi, YBhg. Datuk Hans Isaac, Pengerusi FINAS, dan YBhg. Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS.