Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH INSOLVENSI NEGERI SELANGOR KE PEJABAT TANAH DAN GALIAN (PTG) NEGERI SELANGOR

9 Februari 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Selangor pada 9 Februari 2026.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh Puan Tengku Intan Suraya binti Tengku Ismail, Pengarah Insolvensi Negeri Selangor. Turut hadir bersama ialah Tuan Roslizi bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Bahagian Kebankrapan, serta pegawai-pegawai kanan yang lain.
Delegasi MdI Selangor telah disambut oleh YBhg. Dato’ Dr. Yusri bin Zakariah, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
Kunjungan ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerja antara kedua-dua pihak di samping membincangkan isu berkaitan permohonan dan hal ehwal tanah, penyelarasan maklumat serta prosedur, dan penetapan tindakan susulan yang lebih teratur dan berkesan. Sesi ini juga menjadi platform pertukaran pandangan ke arah memperkukuh kerjasama strategik antara MdI Selangor dan PTG Selangor.