Galeri Foto

Photo Gallery

MDI JOHOR BAHRU ANJUR CERAMAH TEKAD DAN UJIAN SARINGAN AIR KENCING

9 Februari 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Johor telah menganjurkan Ceramah Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) dan Ujian Saringan Air Kencing dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Johor Bahru pada 9 Februari 2026.
Program ini melibatkan penyertaan pegawai, kakitangan serta MYSTEP MdI Johor Bahru. Turut hadir Puan Sharifah Maleeha binti Syed Hussin, Pengarah Insolvensi Negeri Johor. Seramai 29 orang telah menjalani ujian saringan air kencing yang merangkumi 23 pegawai dan kakitangan lelaki serta 6 MYSTEP lelaki.
Selain saringan, program turut disertakan ceramah kesedaran oleh pegawai AADK yang memberi penekanan kepada pengenalan TEKAD, bahaya penyalahgunaan dadah, langkah pencegahan serta peranan majikan dan pekerja dalam mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen MdI Johor Bahru dalam menyokong usaha membanteras penyalahgunaan dadah serta memperkukuh budaya kerja yang bebas dadah di tempat kerja.
Â