Galeri Foto
Photo Gallery
PROGRAM OUTREACH RAMADAN MDI TAIPING DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KETUA PENGARAH INSOLVENSI
9 Mac 2026
TAIPING, 9 Mac 2026 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Taiping telah menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk dan Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Pengarah Insolvensi dan Ketua-ketua Jabatan Wisma Persekutuan Taiping sebagai sebahagian daripada inisiatif MdI Connect: Outreach & Engagement Day.
Program ini melibatkan penyertaan warga MdI Taiping bersama beberapa jabatan di Wisma Persekutuan Taiping. Aktiviti ini bertujuan menyemarakkan semangat kebersamaan serta mengeratkan hubungan antara jabatan-jabatan kerajaan di Wisma Persekutuan Taiping.
Seterusnya, Majlis Berbuka Puasa telah diadakan yang turut melibatkan kehadiran anak-anak yatim dan asnaf daripada Nur Kasih dan Nur Hidayah, Taiping.
Program ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Insolvensi, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, serta Pengarah Insolvensi Negeri Perak dan Pengarah Insolvensi Negeri Pulau Pinang. Turut serta ialah pegawai daripada beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Penganjuran program ini bukan sahaja menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan melalui aktiviti kebajikan dan kebersamaan, malah turut mengeratkan hubungan kerjasama antara Jabatan Insolvensi Malaysia dan agensi-agensi kerajaan di Wisma Persekutuan Taiping.
Â

