Galeri Foto
Photo Gallery
BACAAN KALI KEDUA DAN KETIGA DI DEWAN NEGARA BAGI RANG UNDANG-UNDANG (RUU) INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2025
9 September 2025
Parlimen, 9 September 2025 – YB M. Kula Segaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) telah membentangkan Bacaan Kali Kedua dan Ketiga bagi Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi Rentas Sempadan 2025 di Dewan Negara hari ini.
Dalam sesi persidangan ini, terdapat 7 Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah menyertai sesi perbahasan bagi RUU ini. Seterusnya, ucapan peggulungan telah di buat oleh YB M. Kula Segaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) jua.
RUU ini akan mewujudkan suatu mekanisme perundangan yang jelas dan berkesan bagi menguruskan kes-kes insolvensi rentas sempadan dalam usaha menyokong agenda reformasi undang-undang serta ekonomi negara ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan yang stabil, boleh diramal dan mesra pelabur.
Dewan Negara telah meluluskan RUU Insolvensi Rentas Sempadan 2025 dengan sebulat suara bersetuju pada sesi pembentangan ini.