Galeri Foto

Photo Gallery

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI (BHEUU, JPM)

21 April 2025

Hari ini 21 April 2025 bersamaan 22 Syawal 1446H telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) bagi bulan April yang diadakan bersekali dengan Majlis Santunan Mesra Aidilfitri BHEUU, JPM 2025 di Bangunan BHEUU, JPM, Putrajaya. Seramai hampir 700 orang tetamu yang terdiri daripada warga kerja Jabatan dan Agensi di bawah sektor undang-undang dan reformasi institusi hadir pada majlis tersebut.

Majlis bertambah bermakna dengan kehadiran Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang turut sudi untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama kami dan disambut dengan penuh rasa teruja warga yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan beramah mesra dengan PMX mereka.

Saya dengan rendah hati bagi pihak semua warga BHEUU, JPM serta jabatan dan agensi di bawah seliaan saya ingin menyampaikan penghargaan dan rasa teruja kami atas kesudian YAB Dato’ Seri Anwar meluangkan masa hadir menyerikan majlis. Turut hadir adalah YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta beberapa Duta Besar Asing ke Malaysia.

Tahun ini BHEUU, JPM menampilkan kelainan dengan menyajikan menu kegemaran Rakyat Malaysia – Nasi Kandaq yang sangat-sangat menyelerakan. Saya harap warga BHEUU, JPM masih dapat bertahan untuk celik mata selepas pekena nasi kandaq tengah hari tadi 😛 (gurau je)

Salam 0-0