SESI LIBAT URUS BERSAMA PTG DAN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI SEMBILAN
8 Januari 2025
📍 Bilik Mesyuarat, Tingkat 3, Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Sembilan
Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Sembilan telah mengadakan sesi libat urus bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Sembilan dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan. Sesi ini bertujuan membincangkan isu berkaitan pindah milik tanah Rizab Melayu bagi tujuan pentadbiran aset kebankrapan. Kerjasama strategik antara agensi memainkan peranan penting dalam menangani isu kebankrapan dengan lebih efisien.