Galeri Foto
Photo Gallery
MAJLIS PENUTUPAN KEMPEN CASHLESS BOLEH 4.0 & PELUNCURAN KEMPEN CASHLESS BOLEH 5.0
15 Januari 2025
Jabatan Insolvensi Malaysia telah berjaya merangkul Anugerah Prestasi Penggunaan Pembayaran Digital Cemerlang bagi Kategori C di antara 11 agensi Kerajaan Persekutuan yang terpilih bersempena Kempen Pembayaran Tanpa Tunai dan Cek Peringkat Nasional Siri Ke-4 (Cashless Boleh 4.0) pada 15 Januari 2025.
Penerimaan anugerah ini sebagai tanda kesungguhan dan sokongan kepada kerajaan dalam usaha Jabatan melaksanakan serta menjayakan transformasi ke arah bayaran tanpa tunai.
Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Datuk M. Bakri Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi dan Encik Lau Kar Woh, Pengarah Bahagian Perakaunan, Putrajaya yang telah berlangsung di Auditorium, Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya dalam Majlis Penutupan Kempen (Cashless Boleh 4.0) & Peluncuran Cashless Boleh 5.0 yang dirasmikan oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan Malaysia.
📍 Lokasi: HQ Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Conezion, Putrajaya
Penceramah: Puan Siti Noor Mazlifah binti Mokhtar (Pengarah Insolvensi, Bahagian Kebankrapan, Ibu Pejabat)
Pengisian Majlis:
Taklimat ini bertujuan untuk memberi pencerahan kepada para usahawan tentang isu kebankrapan, punca-puncanya, cabaran yang dihadapi, serta langkah-langkah praktikal untuk mengatasi kebankrapan dan membina semula perniagaan. Antara pengisian utama:
• Fahami punca kebankrapan dan cara mengelakkannya.
• Kupasan cabaran sebenar usahawan.
• Solusi praktikal untuk tindakan seterusnya.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan antara lain membantu para usahawan memahami isu kebankrapan serta langkah-langkah untuk bangkit semula.