Galeri Foto
Photo Gallery
CERAMAH IHYA’ RAMADHAN 2025 - RAMADHAN : MENGAJAR ERTI PENGABDIAN
10 Mac 2025
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menganjurkan 𝐂𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐈𝐡𝐲𝐚’ 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 pada 10 Mac 2025(Isnin) bertempat di Dewan Saksama, Aras 2, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU). Ceramah ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dengan tajuk “𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧: 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐣𝐚𝐫 𝐄𝐫𝐭𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐛𝐝𝐢𝐚𝐧”.
Majlis ini dihadiri oleh warga MdI, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG). Turut hadir ialah YBrs. Dr. Sallehuddin bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, MdI. Terima kasih kepada semua yang hadir dalam menjayakan program ini. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan dan penghayatan yang lebih bermakna.

