Galeri Foto

Photo Gallery

SESI LIBAT URUS KE ARAH PENGGUBALAN RANG UNDANG-UNDANG INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN

24 Mac 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kuching, Sarawak telah menganjurkan Sesi Libat Urus ke arah Penggubalan Rang Undang-Undang Insolvensi Rentas Sempadan berasaskan The UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency (MLCBI) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching pada 24 Mac 2025.

Sesi ini diketuai oleh YBrs. Puan Azwarnida binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi bersama barisan pegawai kanan MdI, antaranya:
• Puan Adibah Husna Binti Zainal Abidin (PIN Negeri Sarawak)
• Puan Salamah Binti Mohamad Nawei
• Puan Suriyati Binti Ismail
• Encik Mohamad Zakaria Bin Mohtar
• Encik Zainal Abiddin bin Sulaiman
• Encik Christeper Anak Lawrence

Agensi-agensi yang turut hadir:
1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
2. Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak
3. Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak
4. Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak
5. Jabatan Tanah dan Survei Sarawak
6. Development Bank of Sarawak Berhad
7. Borneo Housing Mortgage Finance Berhad
8. Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak
9. Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak
10. Unit Perancangan Ekonomi Sarawak

MdI selaku Sekretariat kepada CBI-REFORM-WC telah diberikan tanggungjawab untuk mengadakan sesi libat urus berkenaan cadangan penggubalan RUU Insolvensi Rentas Sempadan di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Sesi ini turut disertai oleh pihak-pihak berkepentingan daripada Negeri Sarawak.
Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan ke arah penyelarasan perundangan negara dengan piawaian antarabangsa serta memperkukuh kecekapan pentadbiran kes insolvensi rentas sempadan.