Galeri Foto

Photo Gallery

LAWATAN KERJA RASMI YB TUAN M. KULA SEGARAN, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI) KE JABATAN INSOLVENSI NEGERI KEDAH (MdI)

10 Mac 2024

Lawatan Kerja Rasmi YB Tuan M. Kula Segaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) ke Jabatan Insolvensi Negeri Kedah (MdI) telah diadakan pada 10 Mac 2024 (Ahad).

Kehadiran YB Timbalan Menteri telah disambut oleh YBrs. Puan Azwarnida binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi, Puan J G Kaameni a/p Jaya Raman, Pengarah Insolvensi Negeri Kedah dan kakitangan MdI Kedah. Lawatan ini bertujuan untuk bertemu dengan warga Mdl Negeri Kedah serta penyerahan Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) kepada beberapa orang individu yang telah mendapat pelepasan selaras dengan seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 [Akta 360].