Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA CAWANGAN KUCHING, SARAWAK KE UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

25 Julai 2025

🗓️Tarikh: 25 Julai 2025 (Jumaat)
📍 Lokasi: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kuching, Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta merintis kolaborasi bersama institusi pendidikan tinggi dalam pelaksanaan Program Literasi Kewangan Peringkat IPTA.
Kunjungan ini telah diketuai oleh Puan Adibah Husna binti Zainal Abidin, Pengarah Insolvensi Negeri, bersama beberapa orang pegawai MdI iaitu:
• Puan Salamah binti Mohamad Nawei, Pegawai Insolvensi Kanan I
• Encik Timothy Jamit anak Bilong, Pegawai Insolvensi Kanan II
Lawatan ini membuka ruang perbincangan yang konstruktif berkaitan pelaksanaan Program Literasi Kewangan peringkat IPTA/IPTS, yang dirancang sebagai salah satu inisiatif berterusan MdI untuk meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan belia.
Pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik inisiatif ini dan bersetuju untuk menjadi rakan kolaborasi dalam menjayakan program berkenaan.
Wakil UNIMAS yang turut hadir dalam sesi libat urus ini ialah:
• Dr. Zuraini binti Seruji – Deputy Director, Career and Graduates Employability Section
• Ms. Aileen Anne anak Jinggong – Assistant Registrar, Student Leadership Section
• Ms. Fatin Humaira binti Zamri – Assistant Registrar, Career and Graduate Employability Section
• Ms. Nur Farisha Razali – Pegawai MySTEP, UNIMAS
Jabatan Insolvensi Malaysia kekal komited untuk memperluas jaringan kerjasama strategik demi memperkasa literasi kewangan masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.