Galeri Foto

Photo Gallery

SESI PERBINCANGAN STRATEGIK BERSAMA PASUKAN FRIENDS OF MINISTRY (FOM) JABATAN PERDANA MENTERI ( UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)

5 Ogos 2025

YBhg. Datuk Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia telah menyertai sesi perbincangan strategik bersama Pasukan Friends of Ministry (FOM) bagi portfolio Undang-Undang dan Reformasi Institusi di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 5 Ogos 2025.
Beliau turut menyampaikan taklimat berkenaan pencapaian semasa serta hala tuju Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).
Sesi ini dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)dan dihadiri oleh 15 orang Ahli Parlimen FOM yang dilantik sebagai rakan strategik kementerian dalam memperkukuh komunikasi dasar Kerajaan MADANI di peringkat akar umbi.