Galeri Foto
Photo Gallery
PEMBUKAAN RERUAI JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA SEMPENA BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN AKAUN SEKOLAH
23 Julai 2025
📅 Tarikh: 23 Julai 2025 (Rabu)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Lokasi: Dewan Sekolah Kebangsaan Kg Jambu, Taiping
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Taiping,Perak telah menyertai Bengkel Pengurusan Kewangan Akaun Sekolah anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama yang berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Kg Jambu, Taiping.
Penyertaan MdI Taiping menerusi program MdI Prihatin ini adalah bagi membuka reruai yang bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan kebankrapan, khususnya kepada golongan pendidik dan kakitangan sekolah.
Reruai MdI telah menarik kehadiran kira-kira 50 orang pengunjung terdiri daripada guru-guru dan kakitangan sekolah yang menghadiri bengkel tersebut.
Jabatan Insolvensi Malaysia komited untuk terus menyampaikan maklumat secara langsung kepada masyarakat, termasuk penjawat awam, dalam usaha memperkukuh kesedaran dan kefahaman berkaitan kebankrapan serta amalan kewangan berhemah.