Galeri Foto

Photo Gallery

NAZIRAN PEMATUHAN OPERASI PENYIASATAN KES-KES KEBANKRAPAN

4-6 Ogos 2025

Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah melaksanakan Naziran Pematuhan Operasi Penyiasatan Kes-Kes Kebankrapan di MdI Cawangan Temerloh, Pahang pada 4 hingga 6 Ogos 2025.
Naziran ini bertujuan memastikan prosedur kerja di cawangan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP), peruntukan perundangan, Arahan Ketua Pengarah Insolvensi, Manual Prosedur Kerja serta arahan-arahan berkaitan operasi penyiasatan dan penguatkuasaan.
Selain itu, ia turut memberi tumpuan kepada pengenalpastian isu-isu penyiasatan dan penguatkuasaan, seterusnya mencadangkan penyelesaian yang lebih sistematik di peringkat cawangan.
Turut hadir, En. Fazril Sani bin Mohamed Fadzil, Pengarah Insolvensi Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan MdI.
Naziran ini diharap dapat memperkukuh keberkesanan operasi penyiasatan dan penguatkuasaan, di samping menyeragamkan proses kerja di semua cawangan MdI.