Galeri Foto

Photo Gallery

JEMPUTAN CERAMAH OLEH AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) NEGERI PERAK SEMPENA PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN

21 Julai 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Ipoh, Perak telah dijemput oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perak untuk menyampaikan taklimat pengurusan kewangan sempena Program Perhimpunan Bulanan AADK Negeri Perak pada 21 Julai 2025.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Lim Bee Lian (Pegawai Insolvensi Kanan II), dengan sokongan daripada Puan Intan Zainoriah binti Affendi dan Puan Irdarahayu binti Abidin, Pegawai Insolvensi dari Unit Kebankrapan.
Turut hadir dalam sesi ini ialah Encik Mohamad Nor bin Musa, Pengarah AADK Negeri Perak, serta Ketua-Ketua AADK Daerah dari seluruh negeri.
Taklimat ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan kepentingan pengurusan kewangan peribadi secara berhemah serta memberi pendedahan awal terhadap peranan dan fungsi Jabatan Insolvensi Malaysia dalam mentadbir kes kebankrapan dan melaksanakan dasar peluang kedua.
Jabatan Insolvensi Malaysia komited untuk terus memperkasa literasi kewangan dalam kalangan masyarakat, khususnya penjawat awam, agar lebih bersedia menghadapi cabaran kewangan.