Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM MDI PRIHATIN : PEMBUKAAN RERUAI DI PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING

13 Ogos 2025

13 Ogos 2025 | Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Taiping melalui Unit Komunikasi Korporat (UKK) telah menganjurkan Program MdI Prihatin dengan membuka reruai pameran di Pusat Koreksional Kamunting. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan isu kebankrapan kepada para anggota institusi tersebut.
Seramai 25 orang anggota Pusat Koreksional Kamunting telah hadir mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berkaitan:
1️⃣ Fungsi dan peranan Jabatan Insolvensi Malaysia
2️⃣ Kesan-kesan akibat kebankrapan
3️⃣ Mekanisme penyelesaian kes kebankrapan
4️⃣ Pertanyaan am mengenai keberhutangan serius
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan petugas yang menjayakan reruai ini:
• Puan Nurul Nadia binti Abdul Hadi
• Puan Marina binti Ahmad Taib
• Encik Rasyidi bin Ramli
MdI Taiping turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Kumaran a/l Derasigamoney, Penolong Penguasa Penjara, atas sokongan dalam melancarkan pelaksanaan program ini.
MdI komited untuk terus mendekati masyarakat dan menyampaikan maklumat sebagai usaha memperkasakan kefahaman serta membantu mereka yang terkesan.