Galeri Foto

Photo Gallery

JEMPUTAN CERAMAH SEMPENA KURSUS MOTIVASI MEMPERKASA KEUNGGULAN DIRI ANJURAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK

12 Ogos 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Sibu telah dijemput sebagai penceramah dalam Kursus Motivasi Memperkasa Keunggulan Diri anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, yang melibatkan 30 orang peserta dalam kalangan kakitangan JKN Sarawak pada 12 Ogos 2025 bertempat di Dewan Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Sibu, Sarawak.
Taklimat bertajuk “Mencegah Itu Lebih Baik Daripada Mengubati” telah disampaikan oleh Puan Nohaiza binti Ibrahim, memberi fokus kepada:
• Peningkatan kefahaman berkaitan isu kebankrapan dan kesannya terhadap individu.
• Kaedah penyelesaian yang disediakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.
• Kepentingan pengurusan kewangan berhemah dalam kalangan penjawat awam.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai langkah-langkah pencegahan daripada beban hutang serta saluran yang betul sekiranya berdepan situasi kewangan yang sukar.
Jabatan Insolvensi Malaysia komited dalam memperluas kesedaran kewangan dalam kalangan penjawat awam sebagai usaha pencegahan proaktif terhadap isu kebankrapan.