Galeri Foto
Photo Gallery
JEMPUTAN CERAMAH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) SEMPENA PROGRAM NILAI-NILAI MURNI TAHUN 2025
22 Julai 2025
🗓️22 Julai 2025 (Selasa)
🕚 11.00 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Auditorium Aras 3, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
🕚 11.00 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Auditorium Aras 3, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Sebagai sebahagian daripada Program Nilai-Nilai Murni Tahun 2025 anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Puan Zarina binti Alias, Pegawai Insolvensi Utama dari Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Ibu Pejabat telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk “Tampal Poket Koyak”.
Ceramah ini memberi tumpuan kepada kepentingan pengurusan kewangan peribadi yang berhemat, risiko kebankrapan, serta pendedahan berinformasi mengenai peranan MdI dalam mentadbir kes-kes kebankrapan di Malaysia selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
Diharapkan perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan penjawat awam terhadap kepentingan literasi kewangan, di samping memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai proses berkaitan insolvensi.
Jabatan Insolvensi Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SPRM atas jemputan dan ruang kolaborasi strategik ini.

