Galeri Foto

Photo Gallery

JEMPUTAN CERAMAH BERKENAAN ISU-ISU KEBANKRAPAN OLEH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH (JAWI)

21 Julai 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk “Isu-Isu Kebankrapan” dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pada 21 Julai 2025.
Ceramah telah disampaikan oleh Puan Wardah Nasuha binti Safian, Penolong Pengarah Insolvensi Negeri, MdI WP Kuala Lumpur.
Peserta terdiri daripada:
Pegawai-pegawai tertinggi JAWI dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Fokus perkongsian:
✅ Prosedur dan keperluan berkaitan kes kebankrapan
✅ Kesan kebankrapan terhadap penjawat awam
✅ Contoh praktikal untuk memperkukuh pemahaman peserta
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak JAWI atas kepercayaan yang diberikan kepada MdI dalam menyampaikan perkongsian ilmiah ini.
Diharapkan kerjasama strategik ini dapat diteruskan bagi memperkukuh kefahaman berhubung tatakelola kewangan dan implikasi kebankrapan dalam kalangan penjawat awam.