Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) KELANTAN KE POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)

21 Julai 2025

21 Julai 2025 (Isnin) | Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke Politeknik Kota Bharu (PKB) sebagai usaha untuk memperkukuh hubungan strategik serta merintis kolaborasi bersama institusi pendidikan tinggi dalam pelaksanaan program literasi kewangan di peringkat IPT.
Kunjungan ini diketuai oleh Tuan Mohd Izuddin bin Mohd Shukri, Pengarah Insolvensi Negeri Kelantan, bersama beberapa pegawai MdI. Lawatan ini telah membuka ruang perbincangan yang konstruktif berkenaan pelaksanaan Program Literasi Kewangan Peringkat IPTA/IPTS, yang dirancang sebagai salah satu inisiatif pendidikan awam MdI kepada golongan belia.
Pihak PKB menyambut baik inisiatif ini dan bersetuju untuk menjadi rakan kolaborasi dalam menjayakan program berkenaan.
Turut hadir dari pihak PKB:
• Ts. Mohd Hisham Bin Makhtar (Pengarah PKB)
• Ir. Mohd Zaidi Bin Che Mod (Timbalan Pengarah Akademik)
• Encik Abdullah @ Mat Yusof Bin Yaacob (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)
• Encik Akmal Bin Abdul Rahman (Pegawai Perhubungan Awam dan Media)
Jabatan Insolvensi Malaysia kekal komited dalam memperluas jaringan kerjasama strategik demi memperkasa literasi kewangan masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.