Galeri Foto

Photo Gallery

NAZIRAN DASAR PELUANG KEDUA (DPK 2.0) JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA NEGERI SELANGOR

16-18 Julai 2025

🗓️ 16 – 18 Julai 2025
📍 Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Selangor
Bahagian Likuidasi, Ibu Pejabat telah melaksanakan Naziran Dasar Peluang Kedua (DPK 2.0) ke MdI Selangor sebagai sebahagian daripada kesinambungan pemantauan pelaksanaan DPK 2.0 di seluruh negara.
Naziran ini memberi tumpuan kepada penilaian fail-fail penggulungan syarikat yang telah disenaraikan di bawah projek DPK 2.0, selain menyokong cawangan dalam mengenal pasti tindakan lanjut yang perlu diambil ke atas fail kompleks serta memperkemas pelaksanaan pentadbiran.
Fokus utama naziran meliputi:
✔️ Penilaian semasa terhadap kemajuan fail DPK 2.0
✔️ Pengenalpastian cabaran operasi dan pentadbiran di peringkat cawangan
✔️ Panduan penyelesaian bagi fail yang memerlukan tindakan khusus
✔️ Penyelarasan tindakan antara Bahagian dengan Cawangan
👥 Pegawai terlibat dari Ibu Pejabat MdI:
👤 Puan Nur Zatil Hidayah binti Ali, Penolong Kanan Pengarah Insolvensi, Bahagian Likuidasi
👤 Encik Miftahul Jannah bin Junaidi
👤 Puan Nor Hairiza binti Abdul Rahman
👤 Puan Roslina binti Said
👤 Puan Khalisah binti Che Rambli
👤 Puan Nabilah binti Omar
👤 Puan Nurfatihah Nabila bt Mohd Mizan
👤 Puan Rasmanizah binti Che Rahim
👤 Puan Nor Azidah binti Ahmad
👤 Puan Husnazira binti Bidin
👤 Encik Nurul Hamdi bin Zaludin
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Bahagian Likuidasi dalam menyokong pelaksanaan DPK 2.0 di peringkat cawangan serta memperkukuh kerjasama dan keseragaman tindakan pentadbiran demi mencapai matlamat Jabatan secara bersama.