Galeri Foto

Photo Gallery

SESI LIBAT URUS JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI) BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

17 Julai 2025

📍 Menara SSM @ KL Sentral, Kuala Lumpur
📅 17 Julai 2025 (Khamis)
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengadakan sesi libat urus berhubung pelaksanaan Dasar Peluang Kedua (DPK 2.0) yang diperluaskan kepada syarikat-syarikat yang digulungkan, selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI.
Antara pengisian penting sesi ini:
🔹 Perbincangan mengenai pelaksanaan mekanisme striking off di bawah Seksyen 550 Akta Syarikat 2016, sebagai kaedah mempercepat penamatan pentadbiran kes penggulungan syarikat.
🔹 Penekanan terhadap inisiatif DPK 2.0 bagi menyingkatkan tempoh pentadbiran penyelesai kepada 3–5 tahun, demi manfaat penyumbang dan pemiutang.
🔹 Pengukuhan hubungan strategik antara MdI dan SSM dalam pemerkasaan sistem perundangan korporat serta tadbir urus syarikat.
Delegasi Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI):
🔸 YBrs. Puan Azwarnida Binti Affandi
Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi
🔸 Puan Rahni Kartini Binti Abd Rahim
Pengarah Insolvensi Negeri, MdI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🔸 Puan Nur Zatil Hidayah Binti Ali
Penolong Pengarah Kanan Insolvensi, Bahagian Likuidasi, Putrajaya
🔸 Puan Yusnita Binti Wagino
Pegawai Insolvensi Utama, Bahagian Likuidasi, Putrajaya
🔸 Encik Miftahul Jannah Bin Junaidi
Ketua Unit, Unit Pemantauan Operasi (PMO), Bahagian Likuidasi, Putrajaya
💼 Delegasi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM):
🔸 Encik Khuzairi Yahaya
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pendaftaran dan Perkhidmatan Perniagaan)
🔸 Encik Muhamad Faris Othman
Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Pendaftaran
🔸 Puan Norhaslinda Salleh
Pengarah, Bahagian Pembangunan & Perkhidmatan Perundangan
🔸 Puan Sapiah Ambo
Pengurus Kanan, Seksyen Insolvensi, Bahagian Perkhidmatan Pendaftaran
🔸 Encik Adi Zamrin Supiat
Pengurus, Seksyen Insolvensi, Bahagian Perkhidmatan Pendaftaran
MdI menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan SSM sebagai agensi pengawalseliaan korporat negara. Semoga pelaksanaan DPK 2.0 ini dapat memberi manfaat kepada komuniti usahawan dan menyokong kebangkitan semula syarikat-syarikat selepas penggulungan.