Galeri Foto

Photo Gallery

PEMBUKAAN RERUAI JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA SEMPENA PROGRAM JUSTICE ON WHEELS (JOW) YANG ANJURAN OLEH JABATAN BANTUAN GUAMAN

26 Ogos 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kota Kinabalu, Sabah telah membuka reruai perkhidmatan sempena Program Justice on Wheels (JOW) yang dianjurkan oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG) 26 Ogos 2025.
Program ini diadakan di Dewan Sri Putatan, Putatan, Sabah dan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).
Reruai ini bertujuan memberikan khidmat nasihat dan maklumat berkaitan kebankrapan dan likuidasi kepada orang awam. Sepanjang program berlangsung, petugas MdI Cawangan Kota Kinabalu telah menyediakan perkhidmatan berikut:
✅ Khidmat Nasihat Kebankrapan & Likuidasi
✅ Maklumat Umum & Pertanyaan Am
Seramai 6 pegawai MdI Cawangan Kota Kinabalu terlibat secara langsung dalam pengendalian reruai ini, antaranya:
• Pn. Jolita Ijom
• Pn. Favia Jupirin
• Pn. Norshahira binti Hj. Sa’at
• En. Mohammad Nazmi bin Jamari
• En. Raffa bin Mohammad
• En. Mohd Hafiz bin Sahijin
Turut hadir dalam program ini ialah Pn. Stephanie Sherron Abbie, Pengarah Insolvensi Negeri Sabah.
Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan lebih 100 pengunjung hadir mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat berkaitan.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Sri Azalina Othman Said atas penyempurnaan program, pihak Jabatan Bantuan Guaman selaku penganjur, serta semua petugas MdI yang terlibat. Semoga kerjasama strategik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.