Galeri Foto

Photo Gallery

NAZIRAN DASAR PELUANG KEDUA (DPK 2.0) JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA NEGERI SEMBILAN, MELAKA DAN CAWANGAN MUAR

14-16 Julai 2025

🗓️14-16 Julai 2025
Bahagian Likuidasi, Ibu Pejabat telah meneruskan pelaksanaan Naziran Dasar Peluang Kedua (DPK 2.0) melibatkan tiga cawangan, iaitu:
🔹 MdI Negeri Sembilan
🔹 MdI Melaka
🔹 MdI Cawangan Muar
Naziran ini merupakan kesinambungan kepada siri pemantauan berfasa bagi menyokong pelaksanaan DPK 2.0, khususnya dalam memastikan pentadbiran fail-fail syarikat yang digulungkan dilaksanakan secara teratur, berkesan dan seragam di peringkat cawangan.
Fokus utama naziran meliputi:
✔️ Menilai kemajuan pelaksanaan fail DPK 2.0
✔️ Mengenal pasti cabaran dan isu pentadbiran yang dihadapi di cawangan
✔️ Memberi bimbingan dan mencadangkan langkah penyelesaian bagi fail-fail kompleks
✔️ Memperkukuh penyelarasan tindakan antara Bahagian dan Cawangan
👥 Pegawai Insolvensi terlibat dari Ibu Pejabat MdI:
👤 Puan Yusnita binti Wagino
👤 Encik Miftahul Jannah bin Junaidi
👤 Puan Nor Hairiza binti Abdul Rahman
👤 Puan Roslina binti Said
👤 Puan Khalisah binti Che Rambli
Naziran ini mencerminkan usaha berterusan Jabatan dalam memastikan pelaksanaan Dasar Peluang Kedua terus diperkukuh secara tersusun dan efisien, selaras dengan objektif memperkasa tadbir urus pentadbiran kes syarikat yang digulungkan.