Galeri Foto

Photo Gallery

JEMPUTAN TAKLIMAT : KESAN DAN AKIBAT KEBANKRAPAN SERTA PEMFAILAN TUNTUTAN BUKTI HUTANG

14 Julai 2025

14 Julai 2025 | Jabatan Insolvensi Negeri Melaka telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk “Kesan dan Akibat Kebankrapan serta Pemfailan Tuntutan Bukti Hutang” sempena Program Taklimat Kaedah-Kaedah Pemungutan Cukai Tahun 2025 anjuran LHDN Johor yang berlangsung di Hotel Swiss Garden, Melaka.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan NurlaiIey Binti Sehan, Pegawai Insolvensi Kanan II dan melibatkan lebih kurang 60 peserta daripada pelbagai gred.
Fokus utama taklimat ini adalah untuk memberi penekanan kepada:
• Kesan dan akibat kebankrapan terhadap individu dan syarikat yang gagal melunaskan tanggungjawab kewangan; dan
• Proses pemfailan tuntutan bukti hutang oleh pemiutang dalam pentadbiran kes kebankrapan.
Sesi taklimat berkenaan turut membuka ruang interaktif soal jawab, di mana peserta berpeluang mendapatkan penjelasan secara terus daripada pihak jabatan serta berkongsi kebimbangan mereka terhadap pelbagai senario kewangan yang berisiko.