Galeri Foto
Photo Gallery
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PEMERIKSAAN AWAM DAN PENZAHIRAN HARTA ANJURAN BAHAGIAN MAHKAMAH, JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA PUTRAJAYA
9 Julai 2025
Pulau Pinang, 9Julai 2025 – Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Pemeriksaan Awam dan Penzahiran Harta telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia.
Bengkel ini memberi penekanan terhadap pemantapan pelaksanaan pemeriksaan awam dan pematuhan prosedur penzahiran harta berdasarkan peruntukan di bawah Akta Insolvensi 1967 [Akta 360].
Sebagai penutup bengkel, turut diadakan simulasi prosiding Pemeriksaan Awam dan Penzahiran Harta yang memberikan gambaran praktikal kepada para peserta tentang pelaksanaan sebenar di mahkamah.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil penyertaan oleh YBhg. Dato’ kepada para peserta sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penglibatan aktif mereka sepanjang bengkel.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada barisan urus setia yang telah bertungkus-lumus menjayakan penganjuran bengkel ini dengan lancar dan teratur.