Galeri Foto

Photo Gallery

LAWATAN KERJA RASMI KETUA PENGARAH INSOLVENSI KE MDI CAWANGAN KUCHING, SARAWAK

3 Julai 2025

YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia telah meneruskan siri lawatan kerja rasmi ke negeri Sarawak dengan mengunjungi MdI Cawangan Kuching pada 3 Julai 2025.
Dalam sesi ini, Ketua Pengarah turut menerima taklimat penuh daripada Pengarah Insolvensi Negeri, Puan Adibah Husna binti Zainal Abidin yang membentangkan prestasi pentadbiran kes serta cabaran sebenar yang dihadapi di peringkat cawangan.
Lawatan ini turut disertai oleh barisan pegawai kanan Ibu Pejabat:
🔹 YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat – Timbalan Ketua Pengarah (TKPP)
🔹 Encik Mohd Mukhzany Fariz bin Mohd Mokhtar – Pengarah Insolvensi Bahagian Likuidasi
🔹 Encik Mohamad Hafisol bin Yusoff – Pengarah Insolvensi Bahagian Mahkamah
🔹 Encik Roslizi bin Sulaiman – Timbalan Pengarah Insolvensi Bahagian Kebankrapan
🔹 Encik Romzan bin Bujang – Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah
Meskipun tempoh lawatan yang singkat, kehadiran YBhg. Dato’ telah memberi impak yang signifikan kepada warga MdI Kuching dan menyuntik semangat kerja berpasukan dan memperkukuh keyakinan dalam melaksanakan amanah jabatan dengan lebih cemerlang.