Galeri Foto
Photo Gallery
NAZIRAN DASAR PELUANG KEDUA (DPK 2.0) JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA CAWANGAN IPOH, PERAK
2 Julai 2025
🗓️ 2 Julai 2025 (Rabu)
📍 Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Ipoh, Perak
Bahagian Likuidasi MdI Ibu Pejabat telah melaksanakan Naziran Dasar Peluang Kedua (DPK 2.0) khusus bagi fail-fail penggulungan syarikat yang disenaraikan di bawah inisiatif DPK 2.0.
Naziran ini merupakan sebahagian daripada usaha Jabatan dalam memperkukuh pelaksanaan projek DPK 2.0, serta memastikan tindakan pentadbiran kes penggulungan dilaksanakan secara cekap, seragam dan berimpak tinggi.
Objektif utama naziran ini merangkumi:
1. Mengenal pasti isu dan cabaran sebenar yang dihadapi oleh cawangan dalam pelaksanaan projek Dasar Peluang Kedua (DPK 2.0) bagi kes penggulungan syarikat;
2. Menilai tahap kemajuan pelaksanaan DPK 2.0 di peringkat cawangan, termasuk pencapaian hingga Julai 2025 bagi fail-fail penggulungan yang telah dikenalpasti;
3. Membimbing serta mencadangkan penyelesaian bersesuaian terhadap fail pentadbiran yang kompleks agar tindakan susulan dapat dilaksanakan secara sistematik dan berimpak;
4. Berkongsi kaedah dan cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran kes.
Naziran ini telah disertai oleh:
👤 Puan Nor Hairiza binti Abdul Rahman, Pegawai Insolvensi
👤 Puan Nabilah binti Omar, Pegawai Insolvensi
👤 Puan Nurfathihah Nabila binti Mohd Mizan, Pegawai Insolvensi