Galeri Foto

Photo Gallery

JEMPUTAN CERAMAH : PROGRAM PENGURUSAN KEWANGAN DAN PEROLEHAN KERAJAAN ANJURAN JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) ZON SELATAN

23 Jun 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Muar telah dijemput sebagai penceramah dalam Program Pengurusan Kewangan dan Perolehan Kerajaan anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Zon Selatan, yang melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan RELA Negeri Johor.
🗓️ Tarikh: 23 Jun 2025 (Isnin)
🕝 Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
📍 Tempat: Taman Negara Gunung Ledang, Tangkak, Johor
Ceramah bertajuk “𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐤𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐦” telah disampaikan oleh:
🔹 Puan Noriza binti Che Hamid
Ketua Unit Penyiasatan dan Penguatkuasaan, MdI Muar
Ceramah ini memberi pendedahan berkaitan risiko kebankrapan dalam kalangan penjawat awam serta kepentingan mengurus kewangan secara berhemat, sejajar dengan prinsip integriti dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha literasi kewangan MdI tahun 2025 dalam mendekati sektor awam melalui pendekatan pendidikan dan pencegahan.