Galeri Foto
Photo Gallery
JEMPUTAN CERAMAH SEMPENA PROGRAM TAKLIMAT PENGURUSAN PERTUBUHAN BERKUALITI DAN PENGUATKUASAAN 1966 (AKTA 832) ANJURAN JPPM NEGERI SARAWAK
5 September 2025
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kuching, Sarawak telah dijemput untuk memberikan ceramah sempena program Taklimat Pengurusan Pertubuhan Berkualiti dan Penguatkuasaan 1966 (Akta 832) anjuran JPPM Negeri Sarawak yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Sesi taklimat ini turut menampilkan kehadiran Puan Suriati binti Ismail, Pegawai Insolvensi Kanan II, sebagai penceramah jemputan yang berkongsi peranan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam pengendalian pertubuhan yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh pihak JPPM.
Turut hadir dalam program ini ialah Puan Adibah Husna binti Zainal Abidin, Pengarah Insolvensi Negeri , yang hadir bersama barisan pegawai MdI Cawangan Kuching bagi memberikan sokongan serta pendedahan lanjut berkaitan peranan jabatan dalam pengurusan pertubuhan yang dibatalkan pendaftarannya.
Sebagai nilai tambah, kaunter reruai khidmat nasihat MdI turut dibuka sepanjang program untuk memberikan maklumat berkaitan status kebankrapan dan penggulungan syarikat kepada para peserta.