Galeri Foto

Photo Gallery

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH SEMPENA BENGKEL PENGURUSAN AKAUN BELUM TERIMA JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

8-10 September 2025

Pada 8 dan 10 September 2025, Jabatan Insolvensi Malaysia telah dijemput oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Unit Akaun Belum Terima, Cawangan Cyberjaya, Selangor untuk menyampaikan taklimat berkaitan prosedur kebankrapan, prosedur penggulungan syarikat serta pemfailan Borang Bukti Hutang sempena Bengkel Pengurusan Akaun Belum Terima Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Dalam sesi berkenaan, Puan Zarina binti Alias, Pegawai Insolvensi Utama dari Bahagian Kebankrapan, Ibu Pejabat Putrajaya telah menyampaikan taklimat mengenai prosedur kebankrapan, manakala Puan Yusnita binti Wagino, Pegawai Insolvensi Utama dari Bahagian Likuidasi, Ibu Pejabat Putrajaya pula membentangkan topik mengenai prosedur penggulungan syarikat.
Penganjuran taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan yang lebih menyeluruh kepada warga kerja Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengenai kesan kebankrapan dan penggulungan syarikat, selain menjelaskan peranan serta remedi yang boleh diambil oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebagai pemiutang dalam tuntutan Akaun Belum Terima.