Galeri Foto

Photo Gallery

PENYAMPAIAN SIJIL PELEPASAN KETUA PENGARAH INSOLVENSI SEMPENA PROGRAM JUSTICE ON WHEELS (JOW) DI DAERAH KOTA KINABALU, SABAH OLEH JABATAN BANTUAN GUAMAN NEGERI SABAH

13 September 2025

13 September 2025 (Sabtu)
📍 Dewan Serbaguna Damai, Kota Kinabalu
Program Justice on Wheels (JoW) anjuran Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sabah merupakan inisiatif penting yang menyediakan saluran mudah untuk rakyat mendapatkan khidmat guaman.
Dalam ucapan alu-aluan, YB Datuk Chan Foong Hin, Ahli Parlimen P.172 Kota Kinabalu, menegaskan inisiatif JoW mampu membantu masyarakat setempat mendapatkan khidmat perundangan dengan lebih mudah dan inklusif.
Pada majlis yang sama, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) turut mengambil kesempatan untuk menyerahkan Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi kepada beberapa individu yang telah berjaya dilepaskan. Penyampaian sijil ini telah disempurnakan oleh YB Tuan M. Kula Segaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi).
Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa Dasar Peluang Kedua adalah usaha kerajaan untuk memberi ruang baharu kepada individu bankrap agar dapat bangkit semula, membina kehidupan dan menyumbang kembali kepada masyarakat.
MdI merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Jabatan Bantuan Guaman (JBG) atas ruang yang diberikan untuk turut serta dalam program ini.
Menambah seri program kali ini ialah kehadiran:
YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman
YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin Bin Samitah, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
YB Datuk Phoong Jin Zhe, ADUN N.21 Luyang
YB Datuk Tan Lee Fatt, ADUN N.19 Likas
YBrs. Puan Stephanie Sherron Abbie, Pengarah Insolvensi Negeri Sabah
Penyertaan MdI dalam program JoW ini mencerminkan semangat kerjasama erat antara agensi kerajaan demi memastikan rakyat mendapat manfaat dan peluang yang lebih baik, seiring aspirasi Malaysia MADANI.