Galeri Foto
Photo Gallery
MAJLIS SAMBUTAN KETIBAAN KETUA PENGARAH INSOLVENSI
9 Jun 2025
🗓️9 Jun 2025 (Isnin)
📍 Ibu Pejabat, Jabatan Insolvensi Malaysia
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) berbesar hati menerima kehadiran YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri sebagai Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia yang baharu dalam satu majlis sambutan ringkas pagi ini.
Dalam majlis ini, YBhg. Dato’ turut berkesempatan mengadakan sesi pengenalan bersama barisan Pengurusan Tertinggi, Pengarah-Pengarah Bahagian serta Pegawai Pengurusan dan Profesional diikuti dengan penyampaian amanat sulung beliau selaku Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia.
Seluruh warga MdI mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ atas pelantikan ini dan menzahirkan komitmen padu dalam menyokong kepimpinan beliau ke arah memperkasa sistem insolvensi negara.