Galeri Foto

Photo Gallery

FORUM : “IKUT NAFSU, DOMPET LESU”

23 Jun 2025

🗓 23 Jun 2025 | 📍Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam
Sebagai sebahagian daripada Majlis Peluncuran Program Perdana Literasi Kewangan yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, forum ini membuka tirai dengan diskusi penuh manfaat mengenai kepentingan kawalan perbelanjaan dan celik kewangan dalam kalangan belia.
🎙 Pengantara:
Encik Roslizi bin Sulaiman
Timbalan Pengarah Insolvensi
Bahagian Kebankrapan, Jabatan Insolvensi Malaysia
Panel Jemputan:
🔹 YBrs. Puan Noor Aziera Ezurien A Aziz
Ketua Unit Belia dan Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Kewangan Sektor Isi Rumah, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
🔹 YBrs. Dr. Ainul Huda Jamil
Pusat Pengajian Pascasiswazah Perniagaan (UKM-Graduate School of Business), Universiti Kebangsaan Malaysia
🔹 YBrs. Dr. Mohd Taufik bin Mohd Suffian, A.M.(M), ACMA (UK), CGMA
Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Tapah
Perkongsian para panel dalam forum ini sarat dengan input bermanfaat dan praktikal, merangkumi aspek pengurusan belanjawan secara bijak, strategi menangani hutang secara berstruktur, serta bagaimana membina gaya hidup kewangan yang berdisiplin dan sesuai dengan kemampuan sebenar. Setiap panel menyentuh realiti kewangan semasa, khususnya dalam kalangan belia, dengan memberi penekanan kepada kepentingan membuat keputusan kewangan yang tepat sejak di bangku pengajian lagi.
Dalam majlis yang sama, turut berlangsung pameran reruai oleh pelbagai agensi kewangan dan jabatan kerajaan, termasuk Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan lain-lain agensi sebagai platform interaktif untuk para pelajar dan pengunjung mendapatkan khidmat nasihat secara langsung.
Saksikan rakaman penuh forum ini di Facebook rasmi Jabatan Insolvensi Malaysia.
#jabataninsolvensimalaysia #MalaysiaMadani #LiterasiKewangan